Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, April 3, 2013

Mengapa Merancang Itu Penting



Mengapa Merancang Itu Penting?

Kerana leka bermain PS3 hingga lewat pagi, empat pelajar kolej gagal untuk mengulang kaji pelajaran bagi persediaan peperiksaan yang dijadualkan berlangsung keesokan pagi.

Mereka berempat merancang satu pakatan sulit keesokan paginya. Dengan melumurkan badan dan baju dengan minyak hitam dan sedikit lumpur, mereka kemudiannya menghadap pensyarah dan menerangkan bahawa mereka telah menghadiri satu majlis perkahwinan pada malam semalam dan ketika ingin bertolak balik salah sebuah tayar meraka telah mengalami kebocoran. Kerana terpaksa menolak kereta sepanjang malam mereka belum bersedia  untuk mengambil ujian yang amat penting itu.

Nasib mereka memang teramat baik. Pensyarah bersetuju akan memberi mereka ujian semula selepas tiga hari. Mereka mengucapkan terima kasih dan akan bersedia pada hari yang ditetapkan.

Pada hari yang ketiga mereka muncul sebelum pensyarah tiba. 

Pensyarah memberitahu, “kerana ini adalah Special Condition Test maka dengan ini anda berempat akan menduduki peperiksaan ini secara berasingan. Anda akan diletakkan di dalam kelas yang berbeza.” 

Oleh kerana telah bersedia dalam masa tiga hari mereka bersetuju dengan syarat ditetapkan pensyarah.

Di atas kertas ujian mereka berempat hanya perlu menjawab dua soalan dengan jumlah keseluruhan 100 markah.    

Cuba lihat kertas soalan di bawah.    

Soalan 1. Nama Anda: …….. ………  
(2 MARKAH)    

Soalan 2. Tayar yang manakah mengalami kebocoran?  
(98 MARKAH)    

a) Hadapan Kiri
b) Hadapan Kanan
c) Belakang Kiri 
d) Belakang Kanan


Mutiara Hikmah: Ibnu Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.”




4 comments:

  1. memang nak buat apa2x pun kena rancang dulu...dan serahkan pada yg berkuasa menentukannya...sy follow blog ni..klik iklan jgk..jemput ke blog ye..

    ReplyDelete
  2. hahaha.. confirm diorang jawab jawapan tak sama untuk soalan no.2 tu kalau tak rancang betul2.. done follow di sini dan isi tabung nuff.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Kan dah kantoi...Menipukan sifat munafik

    ReplyDelete