Tuesday, May 31, 2011
Bill Dan Hillary Clinton
Kali pertama Bill Clinton dan Hillary berkahwin, Bill berkata, "saya akan meletakkan satu kotak di bawah katil kita. Kamu mesti berjanji tidak akan membuka kotak ini."
Selama 30 tahun perkahwinan mereka, Hillary tidak pernah membuka kotak itu. Pada satu tengah hari, pada hari perkahwinan Chelsea, anak perempuan mereka, perasaan curiga Hillary tidak dapat dibendung lagi. Hillary pun membuka kotak itu. Di dalam kotak itu terdapat 3 tin arak yang kosong dan terdapat USD81,874.25.
Hillary segera menutup kotak itu dan meletakkan kembali ke tempat asal. Sekarang, dia sudah tahu apa yang ada dalam kotak itu. Hatinya tertanya-tanya kenapa Bill menyimpan tin dan wang dalam kotak itu.
Selepas makan malam, Hillary memulakan perbualan, "Bill, saya minta maaf. Selepas 30 tahun kita berkahwin, saya telah pegang kepada janji saya yang saya tidak akan membuka kotak itu sehingga petang tadi dan saya ingin tahu kenapa ada 3 tin kosong arak dalam kotak itu?"
Bill termenung sejenak dan berkata, "saya rasa selepas 30 tahun kita bersama, kamu berhak tahu perkara yang sebenar. Apabila saya kecewa dengan sikap awak, saya akan minum 3 tin arak dan membawa perempuan ke bilik tidur dan memasukkan tin kosong itu dalam kotak tadi."
Hillary terkejut dan berkata, "Hmmm, Jennifer, Paula dan Monica. Saya juga amat kecewa dan sedih dengan kelakuan buruk awak, Bill. Namun, sejak kamu ketagih kepada seks, saya agak hanya 1 kali sahaja awak kecewa dengan sikap saya jika hendak dibandingkan dengan masalah awak."
Bill mengucapkan terima kasih kepada Hillary kerana memahami dirinya. Mereka berpelukan. Seketika kemudian Hillary bertanya lagi, "jadi, kenapa terdapat sebegitu banyak wang di dalam kotak itu?"
Bill menjawab, "setiap kali kotak itu dipenuhi dengan tin kosong, saya membawa tin-tin tadi ke tempat kitar semula dan menebus wang dari jualan tin itu."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment