Sebelum Senyum, Klik Ya

Ringan-Ringankan Tangan

Pengikut Terbaik

Pages

Wednesday, February 29, 2012

Suami Sengau




Limah baru saja berumahtangga dengan suaminya, Seman atas dasar pilihan keluarganya dan tinggal di kawasan perkampungan. Walaupun Seman sengau orangnya, Limah tidak kisah malah mereka begitu bahagia dan tiada sebarang masalah yang terlalu besar sama ada dari segi komunikasi, nafkah zahir atau pun batin. Cuma ada kalanya Limah sukar memahami apa yang suaminya cuba perkatakan ketika berkomunikasi.


Pada suatu malam Jumaat, mereka berdua bersetuju untuk membuka ‘kaunter pembayaran nafkah batin’. Setibanya malam, Seman agak letih sedikit disebabkan pada siangnya dia berkerja keras menoreh getah sehingga 10 ekar. Maka Seman tidak mahu bekerja keras untuk sesi tersebut dan dia mengambil keputusan untuk berperanan sebagai ‘orang bawahan’ sahaja. 


Setelah tiba waktu yang sesuai, Seman pun berbaring terlentang dan ‘transaksi pembayaran’ pun bermula.
Nak dijadikan cerita, dalam masa urusan tersebut seekor semut api yang bermastautin di atas katil  telah merayap sehingga terjumpa dengan dua buah ‘batu lembut’ kepunyaan Seman. Oleh kerana pada masa itu semut tersebut mendapati ‘batu-batu’ tersebut seperti hendak melompat-lompat bagaikan nak menindihnya maka semut api tersebut terpaksa mempertahankan diri dengan menyepit sekuat hatinya ‘batu lembut’ tersebut.

Seman yang dari tadinya sedang asyik melaungkan “hedap, hedap,” tiba-tiba terkejut dan merasa sakit lalu bersuara dengan agak kuat sedikit, "haduh, Mah. Hemut, hemut, hemut."

“Dah kemut ni bang,” jawab Limah.
“Hemut, hemut. Hemut higit helur hahu,” sambung Seman yang cuba cabut anunya. Tapi masih dihalang oleh Limah.
“Dah kemut dan gigit kuat dah ni bang. Nak kemut dan gigit macam mana lagi,” sambung Limah lagi dalam nada merenggek berahi.
“Laaa Mah. Haduhhhh! Hemut higit hagi huat,” celah Seman.
“Bang, tengah kemutlah ni. Nak gigit kuat camna lagi. Dah habis gigit dah ni,” sampuk Limah.
“Iskh! Iskh! Ishk. Hak haham la Mah ni. Hahu hata hemut hat helur hahu. Haku nak habut hulu,” balas Seman.
“Masa ni mana boleh cabut bulu bang, kok ya pun tunggu la selesai dulu baru cabut bang,” balas Limah yang hampir kecewa kerana ganguan tersebut.
“Hukan. Hemut higit hat helur hahu.”
“Mana boleh sampai telur-telur pun masuk bang. Ni dah habis dalam dah ni.”
Limah yang dari tadi sedang asyik menerima bayaran rasa sedikit terganggu dengan kerenah Seman tidak berapa nak peduli dan tidak mahu berhenti kerana dia merasakan masa untuknya menutup kaunter sudah hampir tiba.

Limah semakin laju membuat ‘kira-kira’ sedangkan Seman di bawah terkulat-kulat terpaksa memberi bayaran dalam antara sedap dan sakit. Si semut pula bila keadaan semakin tak menentu kerana gegaran gampa bumi yang semakin menjadi-jadi, dia pun mempertingkatkan kuasa dalamannya untuk menggandakan serangan ke atas ‘batu-batu’ yang mengancam keselamatannya. 

“Haduh Mah. Hakit. Hedap. Hakit mah. Hemut hat helur hahu Mah. Hemut hakin huat Mah hat helur haku," Seman sendiri dah tak tahu macam mana nak bagitahu Limah. Sedap ada, sakit pun rasa.
Limah yang merasakan sudah tiba waktunya untuk dia menutup kaunter, terus menggandakan kuasa dalamannya untuk membuat ‘kira-kira’ dengan laju sekali begitu juga si semut tadi semakin kuat goncangan ‘gempa bumi’, maka semakin kuatlah dia menggandakan serangan. Keadaan berlanjutan lebih kurang 2 minit seterusnya dan dalam masa itulah si Seman tak habis-habis bising.
“Ah! Hedap,” bila semut api tu ketip kuat, ”aduh! Hakitt. Hemut higit helur hahu.”
Begitulah nasib Seman. Limah sudah tak memperdulikannya lagi. Dia meneruskan ‘kira-kira’ di atas ‘bayaran’ yang diberikan Seman sehinggalah selesai ‘sesi pembayaran’.
Apabila kedua-duanya berpuas hati dengan ‘transaksi pembayaran’ tadi Seman pun bingkas bangun lalu mencapai lampu picit dan menyuluh ke arah tempat yang kena gigit semut api tadi.
“Tu hemut hat helur hahu tu.”
“Apa ni bang. Kan dah sudah dah. Dah cabut pun. Takkan gatal nak mintak kemut lagi?"
Seman malas nak bertekak lalu dia pun mengambil semut api tadi dan tunjukkan kepada isterinya.
"La, semut. Ingatkan apa tadi. Patutlah meracau tak tentu pasal pun. Selalunya tak macam ni. Iskh! Iskh! Iskh! Semut oh! semut. Kenapalah kau jadi begini,” kata Limah lalu mambuang semut tadi sambil ketawa.



Mutiara Kata: Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga subuh."

Sunday, February 26, 2012

Membuat Persiapan Operation Appendix



Suatu hari di sebuah hospital, seorang gadis cantik berbaring di atas stretcher. Sebentar lagi dia akan di bedah kerana mengalami appendix . Gadis cantik itu sudah tidak memakai pakaian, namun sehelai kain putih menutupi bahagian atas badannya.

Tidak lama kemudian, seorang jururawat menolak stretcher tersebut untuk menuju bilik operation. Stretcher itu melalui lorong-lorong hospital yang kebetulan ketika itu sangat sunyi. Jadi beruntunglah si gadis, kerana kalau banyak orang, pasti malu jadinya.

Sampai di depan bilik operation, jururawat meletakkan stretcher di tepi, kemudian masuk ke dalam untuk memeriksa adakah peralatan operation di dalam sudah siap. Ketika jururawat ini memeriksa, si gadis di tinggal sendirian dengan hanya ditutupi sehelai kain putih.

Datang seorang lelaki berpakaian putih melintasi si gadis. Dia membuka kain putih tersebut, melihat-lihat sebentar lalu melangkah pergi. Dari kejauhan tampak lelaki tersebut berbual sesuatu kepada kawannya yang lain.

Lelaki yang berbual dengan lelaki pertama kemudian menghapiri si gadis, membuka kain putih yang menutupi si gadis, melihat-lihat sebentar, lalu beredar pergi.

Lelaki ketiga datang mendekati si gadis.

Si gadis yang mula tidak sabar berkata, "doktor saya rasa sudah cukup pemeriksaannya. Bila saya akan dibedah?"

Lelaki ketiga kelihatan bingung lalu menjawab, "entahlah cik adik, saya tidak tahu. Di sini kami hanya ditugaskan mengecat lorong hospital ini."




Mutiara Kata: Dari Abdullah r.a katanya: "Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: 'Ya Rasulullah. Demam anda betambah teruk'. Jawab baginda, 'memang demamku sama dengan demam dua orang kamu'. Kataku pula, 'semoga anda mendapat pahala berganda pula'. Jawab baginda: 'Semoga'.Kemudian sabda baginda pula: 'Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya'."


Burung Kakak Tua Bekas Rumah Pelacuran



Seorang wanita melangkah masuk ke kedai menjual haiwan dan melihat seekor burung kakak tua besar yang sangat cantik. Terpampang harganya hanya 50 ringgit.

"Kenapa murah sangat?," tanya wanita itu kepada pemilik kedai.

Si pemilik menjawab, "begini, pertama sekali saya harus ceritakan dulu bahawa burung ini dahulu di pelihara di rumah pelacuran, jadi kadang-kadang kata-katanya mengandungi kelucahan melampau."

Si wanita berfikir sejenak, tapi tetap memutuskan untuk membeli burung yang cantik itu. Dia membawanya pulang dan meletakkannya di sangkar, lalu menggantung sangkar itu di ruang tamu dan menunggu burung itu berkata-kata.


Burung itu melihat ke sekeliling ruangan, lalu melihat si wanita dan berkata, "rrumah barru, ibbu ayyam barru."

Wanita itu merasa terkejut, tapi menganggapnya lucu, "tak apalah," fikirnya.

Ketika dua anak gadisnya pulang dari sekolah, burung itu melihat mereka dan berkata, "rrumah barru, ibbu ayyam barru, cikkaro jambbu barru."

Gadis-gadis dan wanita itu merasa sedikit tersinggung tapi akhirnya boleh mentertawakan situasi itu.

Beberapa minit kemudian Benny, suami sang wanita pulang dari pejabat. Burung itu melihatnya dan berkata, "hello Benny."



Mutiara Kata: Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya." 

Ada Sepuluh Minit Lagi



Seorang lelaki berpakaian kemas dan segak sedang berjalan kaki menuju ke sebuah kedai buku, secara tiba-tiba muncul seorang budak di hadapannya dan bertanya, "maaf pak cik, boleh tumpang tanya. Sekarang pukul berapa?"

Lelaki tersebut membengkokkan lengan kirinya di depan dada, melihat jam tangannya dan berkata, "lagi lima belas minit pukul tiga."

Budak comel itu mengucapkan terima kasih, lalu berkata, "tepat pukul tiga nanti pak cik boleh mencium punggung saya." 



Dia kemudian melarikan diri.

Lelaki tersebut merasa diperlekehkan dan mengejar budak itu untuk memberinya pengajaran.

Ketika sedang asyik mengejar, seorang rakan sepejabat menghentikannya.

"Kenapa kamu  lari macam ribut?," tanya rakan tersebut.

Sambil menunjuk kepada budak itu, dalam keadaan termengah-mengah lelaki kacak itu bercerita, "budak itu bertanya pukul berapa, lalu aku menjawab lagi lima belas minit pukul tiga. Kamu tahu, dia cakap pukul tiga tepat aku boleh mencium punggungnya."


Rakannya melihat jam dan berkata, "laa, ada sepuluh minit lagi, kenapa terburu-buru?"




Mutiara Kata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya." 


Thursday, February 23, 2012

Baju Terbakar



Yanti adalah seorang pembantu rumah. Suatu pagi, dia menlefon majikannya di pejabat.

"Hello boss, Yanti bercakap."

"Iya, Atie, ada apa telefon?," jawab bossnya yang baru lepas meeting dengan client.

"Ah, tidak ada apa-apa boss, saya cuma mahu meminta maaf. Sewaktu saya seterika tadi, baju Orlando yang boss beli kat Paris terbakar."

Majikan yang sedang sibuk menjawab, "sudahlah Atie, biar saja. Tidak mengapa, nanti saya beli yang baru."

"Oh! Boss memang baik. Terima kasih"

"Hello Atie, kedengaran ramai sekali suara-suara di sebelah kamu. Kamu telefon dari mana?"

"Saya telefon di pondok telefon, boss."

"Kenapa tidak telefon dari rumah saja?"

"Bukan tidak mahu guna telefon rumah, boss. Masalahnya rumah turut terbakar dengan baju boss sekali masa saya report tadi."

"Apaaaaaaa...???!!"




Mutiara Kata: Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila hamba sahayamu membuatkan makanan bagimu, kemudian makanan itu dibawanya ke hadapanmu dalam keadaan panas dan berasap, suruhlah ia duduk dan makanlah bersama-sama dengannya. Jika makanan itu hanya sedikit, letakkan di tangannya sesuap atau dua suap. 

Huraian Hadis:
Layanan terhadap orang gaji atau pekerja bawahan dilakukan dengan membayar gajinya sebelum keringatnya kering, tidak membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak sanggup dilakukannya, menjaga kehormatannya dan menghargai kebaikannya. Dia juga hendaklah ia diberi makan dari apa yang kita makan dan diberi pakaian sebagaimana yang diperlukan. Manakala hadith di atas memberikan kita pengajaran bahawa dalam diri seorang majikan itu juga tidak sepatutnya ada sifat angkuh dan sombong kerana dua sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Pernah diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Umar Bin Abdul Aziz berkata kepada hamba sahaya perempuannya, "kipaslah aku sampai aku tertidur." Lalu hambanya pun mengipasnya hingga ia tertidur.  Kerana sangat mengantuk, hamba itu juga tertidur. Ketika Umar bangun, beliau mengambil kipas tadi dan mengipas hamba sahayanya. Ketika hamba sahaya itu terbangun, maka ia pun terkejut mendapati tuannya melakukan hal tersebut. Umar kemudian berkata, "engkau adalah manusia biasa seperti diriku dan berhak mendapat kebaikan seperti halnya aku, maka aku pun melakukan hal ini kepadamu, sebagaimana engkau melakukannya kepadaku. Demikianlah contoh yang harus ada bagi seorang majikan yang berhati mulia dan bertimbang rasa.



Kisah ZIZAN Raja Lawak ( UIA Gombak ) - Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, February 21, 2012

Memberi Makanan Anjing Untuk Suami



Seorang wanita separuh umur berhenti di sebuah mini market setiap hari selama berbulan-bulan. Dia selalu singgah untuk membeli makanan anjing. Suatu hari penjaga mini market itu bertanya kepada wanita itu, "jenis anjing apa yang puan miliki?"

Dia menjawab, "saya tidak memiliki anjing. Suami saya makan makanan ini untuk sarapan pagi setiap hari dan dia suka sangat."

Petugas itu mengatakan, "Puan, ini tidak layak untuk dijadikan kudapan manusia, boleh membuat dia sakit, bahkan mungkin membunuhnya."

Wanita itu tetap membeli makanan anjing dan segera keluar dari kedai itu.

Hal ini berlanjutan selama berbulan-bulan, kemudian dia berhenti datang ke mini market itu. Beberapa minggu kemudian perempuan tua itu  berhenti dan membeli roti.



Si petugas yang kehairanan bertanya, "adakah puan ingin membeli makanan anjing?"

Dia menjawab, "tidak, suami saya meninggal beberapa minggu lalu."

Petugas itu berkata, "saya sudah berkali-kali mengingatkan puan, sebenarnya makanan anjing boleh membunuh suami puan."

Wanita tua itu berkata, "Oh, makanan anjing tidak ada hubungannya dengan itu. Suami saya berada di persimpangan jalan dan berhenti, mengangkat salah satu kakinya dan dilanggar kereta."




Mutiara Kata: Dari Syaddad Bin Aus dan Al- Sunabihi r.a keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Ia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila Aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya- bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat."

Tak Boleh Makan Ais Krim





Joni bergegas pulang dari sekolah petang. Dia membuka peti ais dan mengambil beberapa ceduk ais krim vanilla cherry ketika mamanya memasuki dapur. Mama Joni memberi arahan, "letakkan balik ke tempatnya, Joni. Kamu tidak boleh makan ais krim sekarang. Sudah terlalu dekat dengan waktu makan malam. Pergi ke luar dan bermain."

 Joni menangis dan berkata, "tidak ada kawan untuk bermain."

Mencuba untuk menenangkan Jony, mamanya berkata, "okey, mama akan bermain dengan kamu. Kamu mahu bermain apa?"

Jony mengatakan, "saya ingin bermain Papa dan Mama."

Cuba untuk tidak terkejut dan untuk lebih menenangkan dia, mama Jony berkata, "baik, mama akan ikut bermain. Apa yang harus mama lakukan?"

Joni menerangkan, "mama pergi ke bilik tidur dan berbaring."

Menyangka bahawa dia dengan mudah dapat mengendalikan situasi, dia melangkah ke tingkat atas.

Joni berjalan tegap menuju ke suatu sudut dan membuka almari tua milik ayahnya. Dia memakai topi memancing usang milik ayahnya. Ketika dia mula menaiki tangga dia melihat sebuah puntung rokok di ashtray. Dia mengambil dan menyelip ke mulutnya. Di puncak tangga, dia bergerak ke pintu bilik tidur.



Mamanya sedikit mengangkat badan dan mengatakan, "apa yang harus saya lakukan sekarang?"

Dengan gaya sedikit kasar, Joni berkata, "letakkan punggung kamu itu ke bawah dan berikan budak itu beberapa potong ais krim."




Mutiara Kata: Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah." 

Sunday, February 19, 2012

Ada Benda Penting




Suatu ketika, ada sebuah sungai yang lebar. Di satu sisi sungai tinggal sang kancil, dan di sisi lainnya hidup seekor beruang.

Suatu hari beruang itu duduk di atas tunggul, menikmati buah yang tumbuh subur. Lalu ia mendengar ada yang berteriak padanya iaitu kancil.

"Hei! Hei! Teddy, menyeberanglah ke sini. Aku ada sesuatu yang ingin kutunjukkan pada kamu."

"Tunggu sebentar. Aku sedang makan."

"Cepatlah." kata kancil. "Ini benar-benar penting."

"Tak mahu. Malaslah."

"Marilah. Kalau tak mustahak aku tak akan mendesak."

Jadi beruang memutuskan untuk menyeberangi sungai yang lebar itu. Dia memerlukan masa yang agak lama untuk menyeberangi sungai itu. Dia hampir tenggelam. Dan ketika dia akhirnya sampai di seberang dia mengerang dan termengah-mengah, dan berbicara kepada kancil, "okey, sang kancil," dia termengah, "apa yang ingin kamu sampaikan kepada aku?"

"Hei! Teddy," sang kancil berkata, "lihatlah betapa banyaknya buah yang ada di seberang sungai."


Mutiara Kata: Dari Abu Hurairah r.a katanya, "Bersabda Rasulullah SAW.: "Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong." [Muslim]

Cara Memberi Makan Babi Yang Betul


apple-tree-ireland-image-pi
picking_13
   be6                          

Ada seorang lelaki dari bandar besar yang mengunjungi sebuah penternakan kecil, dan selama kunjungan itu dia melihat seorang petani memberi makan babi dengan cara yang sangat luar biasa. Petani itu akan mengangkat babi hingga dekat dengan buah epal yang ada di pohon, dan babi akan makan epal dari pohon secara terus.

Petani akan memindahkan babi dari satu pohon epal ke pohon yang lain sampai babi itu puas, maka dia akan memulakan lagi dengan babi yang lain. 
Lelaki kota melihat aktiviti itu untuk beberapa waktu dengan kehairanan. Akhirnya, dia tidak dapat menahan diri untuk mengetahui lalu berkata kepada petani, "ini adalah cara yang paling tidak efisien untuk memberi makan babi. Berapa waktu yang akan di jimat jika awak menggoncang epal dari pohon sampai epal itu jatuh dan membiarkan babi memakannya di atas tanah?"

Petani itu tampak kebingungan dan menjawab, "apakah ertinya waktu untuk seekor babi?
"


Mutiara Kata: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: "Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: "Itu merupak takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya 'kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan." [Riwayat Muslim]

Saturday, February 18, 2012

Malaysian Idol Audition - Mat Kempis - Dangdut

video

(Senyum) Bawa Girlfriend Pergi Kuliah Ustaz (UIA Gombak) - Ustaz Azhar I...

Lempeng Paling Sedap


Sewaktu makan tengahari di United Kingdom, seorang pelancong berasal dari Malaysia terlalu merindui dengan masakan Malaysia ala Kedah, 'peknga' (ada sesetengah tempat di panggil lempeng atau tempek).

Segera di carinya kedai makan Malaysia dan memesan 'peknga'. Setelah di makan ternyata lebih enak daripada 'peknga' di Kedah yang asli sehingga membuatnya jadi kehairanan.

"Encik, apa rahsianya lempeng di sini rasanya lebih sedap dibandingkan dengan di tempat asalnya?," tanyanya kehairanan.

"Oh, itu kerana pisangnya, encik. Di Kedah pakai pisang tempatan, sementara kami di sini memakai pisang import," jawabnya.

"Sebenarnya import dari mana?"

"Dari Kedah, encik."




Mutiara Kata: Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: "Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir." Baginda ditanya oleh seseorang: "Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawab Rasulullah, " Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata: "Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun." [Al-Bukhari]


Friday, February 17, 2012

Baju Dia Kotor




Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru. Setelah memindahkan ke semua perabot dan barangan, si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis.


Di situlah nanti dia akan menghabiskan masanya menulis dan mengemas kini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.


Sambil menulis, dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang di sewa. Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu kawasan yang terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat.


Pada suatu hari dia ternampak jirannya menjemur baju. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu.


"Saya rasa jiran kita itu tidak reti mencuci bajulah abang," luahnya kepada suami, satu-satunya teman berbual.


"Kenapa sayang cakap macam tu?"


"Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih. Masih ada lagi kotoran yang melekat."


"Oh," balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang ke arah tingkap.


Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya, "jiran kita tu dah reti cuci baju. Saya tengok baju yang dia jemur bersih. Tidak macam biasa."


Suaminya terangguk-angguk.


"Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu mencuci baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya  ialah tingkap kita ni  yang kotor. Hari ahad hari tu abang dah cuci tingkap sampai bersih berkilat," jelas suaminya. 



Mutiara Kata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim." [Al-Bukhari]

Tuesday, February 14, 2012

Suami Menipu Isteri Dengan Menggunakan Dildo



Seorang suami selalu meminta lampu dimatikan setiap kali mereka berasmara. Suatu malam si isteri nekad menyalakan lampu ketika mereka sedang 'melakukannya'. Betapa terkejutnya si isteri melihat suaminya menggunakan dildo.

"Dasar lelaki keparat," teriak si isteri dengan marahnya. "Rupanya selama 'pergaulan' kita kau menipu aku ya. Dasar lelaki bapok."

"Okey! Okey! Aku memang membohongi kau selama ini," jawab si suami. "Tapi sekarang cuba kau jelaskan dari mana asalnya ketiga-tiga anak kita itu."






Mutiara Kata:
 Dari Abu Dzar r.a katanya: "Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada Baginda: "Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Rasullah SAW: "Bukankah Allah telah menjadikan pelbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbir adalah sedekah, setiap kalimah tahmid adalah sedekah, setiap kalimah tahlil adalah sedekah, amal makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah, bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Mereka bertanya: "Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?" Jawab Rasulullah SAW, "Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala."   [Al-Bukhari]

Tak Reti Bahasa



Seorang remaja bernama Titan merengek agar diizinkan ayahnya memandu kereta untuk membeli barang di kedai yang tidak begitu jauh.


"Anakku, lalu untuk apa Tuhan menciptakan kedua kakimu itu?," kata sang ayah.


"Kaki sebelah kanan untuk menekan pedal minyak, kaki sebelah kiri untuk menekan klac," kata Titan selamba.

Mutiara Kata:
 Rasullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda: Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis."  [At-Tabrani dan Al-Baihaqi]

Menganti Kerugian Kerana Melanggar Anak Lembu



Seorang lelaki memandu Proton Perdana melewati sebuah penternakan dan tanpa sengaja melanggar dan membunuh seekor anak lembu yang sedang menyeberang jalan. Pemandu itu kemudian menemui pemilik lembu dan menjelaskan apa yang terjadi. Dia kemudian bertanya harga haiwan itu.

"Oh, harganya dalam RM1000," kata penternak itu. "Tapi dalam enam tahun yang akan datang lembu itu akan bernilai RM2500. Jadi awak sepatutnya menggantikan harga anak lembu itu dengan harga RM2500."

Pemandu itu duduk dan menulis cek dan memberikannya kepada penternak tersebut.

"Ini," katanya, "adalah cek bernilai RM2500, yang saya beri tarikh ke hadapan dan hanya boleh ditunaikan 6 tahun dari sekarang."



Mutiara Kata:
 Rasullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram."  [Abu Daud]

Monday, February 13, 2012

Kereta Melanggar Tiang Telepon



Polis tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta telah menghentam tiang telepon. Mencari saksi, dia menemukan seorang pemuda yang gugup dan pucat, dalam pakaian kerja yang mengaku dia adalah seorang saksi ketika kemalangan berlaku.

"Boleh ceritakan di mana kamu berada ketika kemalangan berlaku?," tanya polis berpangkat konstabel.

"Encik," tegas pemuda yang bertugas sebagai staff Telekom, "saya sedang berada di atas tiang itu.
"


Mutiara Kata: Rasullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu."  [Muslim]


Sunday, February 12, 2012

SamDol


SAM : Apa yang tak kena tu Dol?
DOL : Termos ni ha, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu. Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah.






SAM : Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar. Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem.
DOL :  Grrrr!!






SAM : Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL : Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.




SAM : Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL : Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.






SAM : Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL : Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.









SAM : Apasal kau marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL : Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit.





SAM : Hantu Bungkus.
DOL : Kat mana?
SAM : Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Mak cik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah.









SAM : Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL : Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air.









SAM : Semalam aku nampak hantu.
DOL : Uih! Kau terkejut tak?
SAM : Taklah. Hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL : Mana kau tahu?
SAM : Aku tengok muka dia pucat semacam jer.









SAM : Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu.
DOL : Susah apa, aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM : Campurkan semua markah , dapatlah 200 markah?
DOL : Pandai pun kau.







SAM : Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL : Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM : Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL : Takut terlangar orang kampung aku.





DOL : Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel 
tak dapat.
SAM : Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu, ketuhar microwave.








SAM : Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL : Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan.
SAM : Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah.




SAM : Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL : Gula dah habis.
SAM : Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL : Kan aku kata, sebab gula dah habislah.









SAM : Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL : Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong.







SAM : Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL : Biasalah tu, "consulation fees".
SAM : Tapi aku jumpa dia kat bus stop.







DOL : Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM : Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL : Buat dono jer.








SAM : Aku ada AIDS? mana ada.
DOL : Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada AIDS. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada AIDS, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu.








CIKGU : Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
DOL : Francis Mild, cikgu.





SAM : Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk.
DOL : Iya ke? Kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan 
lebih baik lagi.








SAM : Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL : Aku dah naik pangkat la, sekarang aku jadi BRANCH MANAGER.



SAM : Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL : Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI".







Mutiara Kata: Rasullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan." (Riwayat Al-Bukhari)