Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, February 9, 2012

Ingin Membeli Piring Antik






Seorang pengumpul seni terkenal berjalan melalui kota ketika dia melihat seekor kucing menjilati susu dari sebuah piring di pintu sebuah kedai. Dia melihat piring itu sangat antik dan berharga. Berfikir cepat untuk membolehkan dia memperoleh piring itu, lelaki itu berjalan santai ke hadapan kedai dan menawarkan untuk membeli kucing itu dengan harga dua ratus ringgit.

Pemilik kedai itu menjawab, "maaf, tapi kucing itu tidak untuk dijual."

"Begini," pengumpul seni berkata, "saya memerlukam kucing lapar di sekitar rumah untuk menangkap tikus. Saya akan bayar seribu ringgit untuk kucing itu."

"Terjual," pemilik kedai itu berkata dan menyerahkan kucing itu.

Pengumpul barang antik itu melanjutkan, "Hei, untuk seribu ringgit, saya ingin tahu adakah kamu akan memberikan sekali bekas piring itu kepada saya. Piring yang digunakan kucing itu tadi akan meringankan saya daripada harus membeli piring baru untuk kucing ini."

"Maaf kawan," pemilik kedai itu berkata, "tapi itu piring bertuah saya. Dalam minggu ini saya sudah menjual enam puluh lapan ekor kucing."



Mutiara Kata: Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)". [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud dan Ibnu Majah]

1 comment:

  1. hahaha.. tak pandai nego lah si mamat yg beli kucing tuh.. lain kali sebelum beli kucing, tanye lah dulu..

    ReplyDelete